Nak design baju gempak² tapi tiada idea? Nak contoh Sublimation Template PERCUMA daripada SAC Garment?
Perhatian! Artikel ini khas dibuat untuk mereka yang ingin buat design baju tersendiri tetapi tiada idea. Sama ada untuk baju korporat, baju jersey, baju kelab atau persatuan, ataupun tshirt custom biasa, Sublimation Template merupakan cara terbaik dan terpantas untuk siapkan tempahan baju. Sebabnya, anda cuma perlu pilih design² yang tersedia ada dan hanya letakkan logo sahaja. Memang mudah! Nak tukar warna, tulisan, corak, dan sebagainya, semuanya boleh ikut citarasa sendiri.
Tapi, apa itu Sublimation Template?
Sublimation Template secara mudahnya bermaksud reka bentuk premade yang memberikan garis panduan saiz imej design cetakan anda. Template ini memastikan saiz dan bentuk sublimation anda dicetak secara tepat ke atas fabrik.
Kami memang galakkan customers kami gunakan Sublimation Template untuk kesemua jenis produk. Memang sangat berguna kerana saiz dan dimensi baju telah ditetapkan, dan pelanggan hanya perlu tekapkan design mereka (sama ada reka sendiri atau pilih design premade) ke atas template tersebut. Sebelum teruskan untuk dicetak, pelanggan dah boleh lihat hasil design mereka dengan jelas. Sangat menjimatkan masa, wang dan dakwat cetakan.
Sublimation Template khas untuk baju apa?
Kesemua jenis baju custom boleh menggunakan Sublimation Template. Setiap produk—baju korporat, baju jersey, tshirt rewang, dll—mempunyai saiz ukuran dan dimensi berbeza. Jadi, setiap produk mempunyai Sublimation Template yang berbeza. Tak adalah nanti design baju korporat anda terjadi kecil atau senget. Jadi, tidak usah risau! Kedai printing baju custom pasti tahu. Tetapi, tidak semua memberikan servis ini secara percuma!
Dapatkan Sublimation Template FREE!
Berbanding dengan kilang printing baju lain, SAC Garment menawarkan upah rekabentuk corak dan artwork secara percuma kepada pelanggan. Buat pelanggan yang tidak mempunyai reka bentuk sendiri, boleh menghantar contoh baju dalam bentuk soft copy kepada kami untuk dipindah bentuk kepada cetakan. Pelanggan tidak perlu lagi pening kepala memikirkan design bagaimana untuk dicetak kerana kami akan melakukannya untuk anda dengan percuma! Tiada caj tersembunyi! Paling best, tiada minimum order! Nak buat tempahan kuantiti kecil pun boleh! Tiada masalah!
Ingin dapatkan quote harga dan servis design secara PERCUMA? Jom hubungi kami di sini.
Baju cantik, baru tampak tampan bergaya!
SAC Garment
Kilang Printing Baju #1 Shah Alam
0 Comments