Dua cara tempah baju korporat
Ada dua jalan untuk tempah baju korporat (atau baju corporate, seperti sesetengah syarikat memanggilnya), dan pilihan bergantung pada masa serta tahap penjenamaan yang anda mahu. Custom made bila anda mahu baju yang betul-betul milik syarikat anda; ready made bila anda perlukan baju kemas dengan logo, cepat.
Custom made
Kami potong dan jahit dari awal di kilang sendiri. Anda pilih fabrik, warna, potongan dan kedudukan logo. Untuk baju korporat, logo biasanya disulam (embroidery) untuk hasil yang kemas dan premium — cetakan atau rubber patch tersedia jika reka bentuk anda memerlukannya. Tiada tag jenama orang lain di kolar; label anda sendiri boleh dijahit masuk.
- ✓Tempahan bermula dari 11 helai
- ✓Fabrik, warna & potongan ditentukan anda
- ✓Sulaman logo yang kemas, atau cetakan & rubber patch atas permintaan
- ✓Label & tag jenama syarikat anda sendiri
Lihat kemeja korporat →Ready made
Kami ambil baju siap dari jenama Oren Sport, Ultifresh, Lefonse, Crossrunner, Rightway dan North Harbour, kemudian cetak atau sulam logo syarikat anda di kilang kami. Saiz dan fabrik sudah standard, jadi risiko lebih rendah dan masa lebih singkat berbanding custom.
- ✓Jenama sedia ada — saiz & fabrik standard
- ✓Logo disulam atau dicetak di kilang kami
- ✓Sesuai bila masa suntuk atau kuantiti kecil
- ✓Boleh minta sampel sebelum tempahan penuh
Lihat semua jenama →