Baju KorporatSAC Garment

Pakej Promosi

Pilih Pakej Baju Korporat Anda

Sulaman logo disertakan bagi Pakej B, C & D. Semua pakej termasuk khidmat rundingan rekaan percuma.

Pakej A

Baju KorporatSublimation

RM 60/ helai
  • Cetakan sublimation penuh badan — corak tanpa had
  • Warna kekal pekat, tidak luntur
  • Logo & design dicetak terus pada kain
  • Minimum bagi harga pakej 11 helai
  • Siap 10 hari bekerja
  • Khidmat rundingan percuma

*Sublimation menggunakan cetakan, bukan sulaman.

**Harga pakej untuk lengan pendek — lengan panjang & potongan muslimah ada caj tambahan.

Pakej B

Baju KorporatExpress

RM 65/ helai
  • Baju Korporat Express berkualiti
  • 2 spot sulaman
  • Saiz S–5XL
  • Minimum bagi harga pakej 30 helai
  • Siap 4–8 hari bekerja
  • Khidmat rundingan percuma

*Caj tambahan untuk 3 spot sulam ke atas.

**Harga pakej untuk lengan pendek — lengan panjang & potongan muslimah ada caj tambahan.

Paling Popular

Pakej C

Baju KorporatCustom Made

RM 85/ helai
  • Baju korporat custom khas untuk organisasi anda
  • Pilihan warna kain yang luas, kain lembut dan berkualiti
  • Imej premium — tiada kerisauan baju korporat sama dengan syarikat lain
  • Sulaman logo 2 lokasi
  • Saiz XS–9XL
  • Minimum bagi harga pakej 30 helai
  • Siap 14 hari bekerja
  • Khidmat rundingan percuma

*Caj tambahan untuk 3 spot sulam ke atas.

**Harga pakej untuk lengan pendek — lengan panjang & potongan muslimah ada caj tambahan.

Pakej D

Baju KorporatUkur Badan

RM 99/ helai
  • Baju korporat diukur khas mengikut badan
  • Keselesaan maksimum
  • Pilihan warna kain yang luas, kain lembut dan berkualiti
  • Imej premium — tiada kerisauan baju korporat sama dengan syarikat lain
  • Sulaman logo 2 lokasi
  • Tiada had saiz — kami ukur sampai jadi
  • Minimum bagi harga pakej 30 helai
  • Siap 14 hari bekerja
  • Khidmat rundingan percuma

*Caj tambahan untuk 3 spot sulam ke atas.

**Harga pakej untuk lengan pendek — lengan panjang & potongan muslimah ada caj tambahan.

Harga promosi untuk tempahan terhad. WhatsApp kami untuk sebut harga tepat mengikut kuantiti & rekaan anda.

Mereka sudah pilih SAC Garment

  • Baju Korporat untuk Naza TTDI di Shah Alam — dijahit & disulam di kilang SAC Garment, Shah Alam1/2

    Naza TTDI

    Baju Korporat · 294 helai · Sulaman

    2026

  • Baju Korporat & Seragam untuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Shah Alam — dijahit & disulam di kilang SAC Garment, Shah Alam1/3

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

    Baju Korporat & Seragam · 890 helai · Sulaman

    2026

  • Baju Korporat untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Damansara — dijahit & disulam di kilang SAC Garment, Shah Alam1/8

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia

    Baju Korporat · 1250 helai · Sulaman

    2026

Lihat semua projek →

  • Axiata — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamAxiata
  • Eli Lilly — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamEli Lilly
  • Gas Malaysia — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamGas Malaysia
  • Institut Keusahawanan Negara — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamInstitut Keusahawanan Negara
  • JAIS — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamJAIS
  • Jabatan Pengairan Saliran — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamJabatan Pengairan Saliran
  • Lembaga Urus Air Selangor — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamLembaga Urus Air Selangor
  • MBSB — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamMBSB
  • MSU — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamMSU
  • SKM — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamSKM
  • TNB — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamTNB
  • Teraju — klien baju korporat SAC Garment, Shah AlamTeraju

Panduan Pembeli

Panduan Baju Korporat

Dua cara tempah baju korporat

Ada dua jalan untuk tempah baju korporat (atau baju corporate, seperti sesetengah syarikat memanggilnya), dan pilihan bergantung pada masa serta tahap penjenamaan yang anda mahu. Custom made bila anda mahu baju yang betul-betul milik syarikat anda; Express bila anda perlukan baju kemas dengan logo, cepat.

Custom made

Baju korporat custom mengikut reka bentuk anda

Anda pilih fabrik, warna, potongan dan kedudukan logo. Selepas itu kami potong dan jahit dari mula sampai siap di kilang kami. Untuk baju korporat, logo biasanya disulam (embroidery) untuk hasil yang kemas dan premium. Baju korporat custom unik kepada identiti anda, tiada lagi bertembung dengan baju yang sama digunakan oleh syarikat lain.

  • Tempahan bermula dari 30 helai
  • Fabrik, warna & potongan ditentukan anda
  • Sulaman logo yang kemas, atau cetakan & rubber patch atas permintaan
  • Design unik kepada syarikat anda
Lihat kemeja korporat →

Express

Baju Korporat Express — siap 4–8 hari bekerja

Harga pakej untuk tempahan 30 helai ke atas — kurang dari 30 helai juga boleh, tertakluk kepada harga berbeza. Kami mempunyai pelbagai jenis baju korporat siap, kemudian cetak atau sulam logo syarikat anda di kilang kami. Saiz dan fabrik sudah standard, jadi risiko lebih rendah dan tempahan siap dalam 4–8 hari bekerja. Sample baju juga ada disediakan di kilang kami.

  • Jenama sedia ada — saiz & fabrik standard
  • Logo disulam atau dicetak di kilang kami
  • Siap 4–8 hari bekerja — sesuai bila masa suntuk
  • Boleh minta sampel sebelum tempahan penuh
Lihat semua jenama →

Berapa harga baju korporat?

Kilang kami menghasilkan hampir apa sahaja pakaian yang organisasi anda perlukan — kemeja korporat, polo, jaket, t-shirt sublimation, seragam kerajaan dan sekolah — dari potong, jahit, sulam hingga cetak, semua di bawah satu bumbung. Kerana setiap tempahan berbeza, harga seunit ditentukan oleh lima perkara di bawah. Sebut harga percuma dalam 24 jam.

Kuantiti
Faktor terbesar. Kos setup cetakan dibahagi kepada lebih banyak helai bila kuantiti naik, jadi harga seunit turun.
Jenis fabrik
Viscose, Oxford, Ripstop, TC-Drill dan pelbagai lagi kain yang sesuai untuk kegunaan yang berbeza. Kami akan sesuaikan kain dengan corak pemakaian dan persekitaran anda.
Kaedah hiasan logo
Sulaman (embroidery) ialah pilihan utama untuk baju korporat. Cetakan, rubber patch atau woven label melibatkan kos yang berbeza.
Potongan & lengan
Lengan panjang, potongan muslimah dan saiz besar (5XL ke atas) melibatkan lebih banyak fabrik dan kerja jahitan.
Kerja tambahan
Label jenama sendiri, name tag individu, poket khas atau pembungkusan berasingan mengikut jabatan.

Semakin besar kuantiti, semakin murah harga seunit. Untuk tempahan pukal pakaian korporat syarikat, agensi kerajaan, sekolah dan universiti, kami sediakan harga khas — sebut sahaja kuantiti anda.

Dapatkan sebut harga percuma →

80 pilihan warna kain baju korporat

Kain Viscose Double Yarn — kain yang paling kerap dipilih untuk kemeja korporat. Warna pada skrin adalah anggaran sahaja; kami tunjukkan swatch kain sebenar sebelum tempahan disahkan.

  • Warna kain baju korporat 1035 — SAC Garment, Shah Alam1035
  • Warna kain baju korporat 1501 — SAC Garment, Shah Alam1501
  • Warna kain baju korporat 1067 — SAC Garment, Shah Alam1067
  • Warna kain baju korporat 1052 — SAC Garment, Shah Alam1052
  • Warna kain baju korporat 1095 — SAC Garment, Shah Alam1095
  • Warna kain baju korporat T283 — SAC Garment, Shah AlamT283
  • Warna kain baju korporat 1738 — SAC Garment, Shah Alam1738
  • Warna kain baju korporat 1830 — SAC Garment, Shah Alam1830
  • Warna kain baju korporat 1040 — SAC Garment, Shah Alam1040
  • Warna kain baju korporat 1153 — SAC Garment, Shah Alam1153
  • Warna kain baju korporat 1531 — SAC Garment, Shah Alam1531
  • Warna kain baju korporat 1195 — SAC Garment, Shah Alam1195
  • Warna kain baju korporat 1058 — SAC Garment, Shah Alam1058
  • Warna kain baju korporat 7011 — SAC Garment, Shah Alam7011
  • Warna kain baju korporat T223 — SAC Garment, Shah AlamT223
  • Warna kain baju korporat 1108 — SAC Garment, Shah Alam1108
  • Warna kain baju korporat 1717 — SAC Garment, Shah Alam1717
  • Warna kain baju korporat 1032 — SAC Garment, Shah Alam1032
  • Warna kain baju korporat 1096 — SAC Garment, Shah Alam1096
  • Warna kain baju korporat 1010 — SAC Garment, Shah Alam1010
  • Warna kain baju korporat T171 — SAC Garment, Shah AlamT171
  • Warna kain baju korporat 1550 — SAC Garment, Shah Alam1550
  • Warna kain baju korporat 1084 — SAC Garment, Shah Alam1084
  • Warna kain baju korporat 1328 — SAC Garment, Shah Alam1328
  • Warna kain baju korporat 1441 — SAC Garment, Shah Alam1441
  • Warna kain baju korporat 1555 — SAC Garment, Shah Alam1555
  • Warna kain baju korporat 1043 — SAC Garment, Shah Alam1043
  • Warna kain baju korporat 1357 — SAC Garment, Shah Alam1357
  • Warna kain baju korporat 1041 — SAC Garment, Shah Alam1041
  • Warna kain baju korporat 1033 — SAC Garment, Shah Alam1033
  • Warna kain baju korporat 1026 — SAC Garment, Shah Alam1026
  • Warna kain baju korporat 1027 — SAC Garment, Shah Alam1027
  • Warna kain baju korporat 1902 — SAC Garment, Shah Alam1902
  • Warna kain baju korporat 1049 — SAC Garment, Shah Alam1049
  • Warna kain baju korporat 1097 — SAC Garment, Shah Alam1097
  • Warna kain baju korporat 1621 — SAC Garment, Shah Alam1621
  • Warna kain baju korporat 1093 — SAC Garment, Shah Alam1093
  • Warna kain baju korporat 1089 — SAC Garment, Shah Alam1089
  • Warna kain baju korporat 1090 — SAC Garment, Shah Alam1090
  • Warna kain baju korporat 1091 — SAC Garment, Shah Alam1091
  • Warna kain baju korporat 1506 — SAC Garment, Shah Alam1506
  • Warna kain baju korporat 1133 — SAC Garment, Shah Alam1133
  • Warna kain baju korporat 1085 — SAC Garment, Shah Alam1085
  • Warna kain baju korporat 1087 — SAC Garment, Shah Alam1087
  • Warna kain baju korporat 1092 — SAC Garment, Shah Alam1092
  • Warna kain baju korporat 1223 — SAC Garment, Shah Alam1223
  • Warna kain baju korporat 1714 — SAC Garment, Shah Alam1714
  • Warna kain baju korporat 1911 — SAC Garment, Shah Alam1911
  • Warna kain baju korporat 1001 — SAC Garment, Shah Alam1001
  • Warna kain baju korporat 1339 — SAC Garment, Shah Alam1339
  • Warna kain baju korporat 1077 — SAC Garment, Shah Alam1077
  • Warna kain baju korporat 1615 — SAC Garment, Shah Alam1615
  • Warna kain baju korporat 1898 — SAC Garment, Shah Alam1898
  • Warna kain baju korporat 1078 — SAC Garment, Shah Alam1078
  • Warna kain baju korporat 1042 — SAC Garment, Shah Alam1042
  • Warna kain baju korporat 1584 — SAC Garment, Shah Alam1584
  • Warna kain baju korporat 1083 — SAC Garment, Shah Alam1083
  • Warna kain baju korporat 1743 — SAC Garment, Shah Alam1743
  • Warna kain baju korporat 1619 — SAC Garment, Shah Alam1619
  • Warna kain baju korporat 1797 — SAC Garment, Shah Alam1797
  • Warna kain baju korporat 1098 — SAC Garment, Shah Alam1098
  • Warna kain baju korporat 1079 — SAC Garment, Shah Alam1079
  • Warna kain baju korporat 1080 — SAC Garment, Shah Alam1080
  • Warna kain baju korporat 1670 — SAC Garment, Shah Alam1670
  • Warna kain baju korporat 7006 — SAC Garment, Shah Alam7006
  • Warna kain baju korporat 1651 — SAC Garment, Shah Alam1651
  • Warna kain baju korporat 1504 — SAC Garment, Shah Alam1504
  • Warna kain baju korporat 1020 — SAC Garment, Shah Alam1020
  • Warna kain baju korporat 1113 — SAC Garment, Shah Alam1113
  • Warna kain baju korporat 1082 — SAC Garment, Shah Alam1082
  • Warna kain baju korporat 7027 — SAC Garment, Shah Alam7027
  • Warna kain baju korporat 1359 — SAC Garment, Shah Alam1359
  • Warna kain baju korporat 1119 — SAC Garment, Shah Alam1119
  • Warna kain baju korporat 1210 — SAC Garment, Shah Alam1210
  • Warna kain baju korporat 1023 — SAC Garment, Shah Alam1023
  • Warna kain baju korporat 1352 — SAC Garment, Shah Alam1352
  • Warna kain baju korporat 4320 — SAC Garment, Shah Alam4320
  • Warna kain baju korporat 2019 — SAC Garment, Shah Alam2019
  • Warna kain baju korporat 1105 — SAC Garment, Shah Alam1105
  • Warna kain baju korporat 7040 — SAC Garment, Shah Alam7040

Tema reka bentuk

Tema moden dan minimalis paling popular untuk pejabat — warna gelap dengan logo kecil disulam di dada. Untuk majlis rasmi, sentuhan batik atau songket pada kolar dan lengan memberi imej yang lebih eksklusif.

Format fail reka bentuk

Paling baik hantar fail vektor — AI, EPS, PDF atau SVG. Jika hanya ada PNG atau JPG, pastikan resolusi tinggi dan latar belakang telus. Tiada fail sedia? Hantar sahaja gambar rujukan; kami lukis semula logo anda.

Pilihan fabrik baju korporat

Fabrik menentukan keselesaan pemakai lebih daripada apa-apa faktor lain, dan ia juga penyumbang harga kedua terbesar selepas kuantiti. Ini pilihan yang paling kerap ditempah untuk pakaian korporat, dan kami boleh hantar sampel kain sebelum anda putuskan.

Viscose
Pilihan paling popular bagi baju korporat. Pilihan warna yang luas dan kain yang lembut, sangat selesa dipakai.
Oxford
Pilihan premium yang meningkatkan imej profesional organisasi anda. Selesa dipakai dan nampak terletak bila dipakai.
TC-Drill
Pilihan kain untuk jaket teknikal dan baju juruteknik. Lebih tebal dan tahan lasak untuk aktiviti lasak seperti di bengkel atau kerja luar.
Ripstop
Sangat tahan koyak dan tahan lasak. Pilihan bagi uniform keselamatan dan unit keselamatan.
Cotton & CVC
Rasa paling lembut dan semula jadi. Sesuai untuk t-shirt korporat, baju acara dan cenderahati staf.

Tidak pasti mana satu sesuai? Beritahu kami keadaan kerja staf anda — dalam pejabat berhawa dingin, di luar, atau bergerak sepanjang hari — dan kami cadangkan fabrik yang betul.

Baju korporat lelaki, wanita & muslimah

Baju korporat lelaki, baju korporat wanita dan potongan muslimah boleh dicampur dalam satu order yang sama — tetapi harga berbeza mengikut potongan.

Potongan lelaki

Bahu dan badan lebih lurus, lengan pendek atau panjang. Saiz XS hingga 7XL untuk kebanyakan fabrik.

Potongan wanita

Bentuk pinggang lebih masuk dan bahu lebih sempit supaya kemas dipakai, bukan sekadar saiz lelaki yang dikecilkan.

Potongan muslimah

Lengan panjang penuh, badan lebih longgar dan panjang menutup punggung. Boleh dipadankan dengan tudung sewarna.

**Harga pakej untuk lengan pendek — lengan panjang & potongan muslimah ada caj tambahan.

Jaket & sweater korporat

Baju korporat selalunya datang sepasang dengan jaket. Kami buat jaket korporat, jaket teknikal untuk kerja lapangan, vest, hoodie dan sweater — semua boleh disulam atau dicetak dengan logo yang sama supaya seragam anda konsisten dari pejabat hingga ke tapak.

Carta saiz & servis ukur

Kami sediakan saiz XS hingga 7XL untuk kebanyakan fabrik. Ukuran sebenar dalam sentimeter berbeza mengikut jenama dan potongan, jadi carta saiz penuh dihantar bersama sebut harga — dan untuk tempahan besar kami galakkan sesi cuba saiz dahulu.

Cara ukur sendiri

Ukur baju yang sedia ada dan paling selesa dipakai, letak rata di atas meja. Lebih tepat daripada mengukur badan.

  1. Lebar dada

    Ukur melintang dari bawah lengan kiri ke bawah lengan kanan.

  2. Panjang badan

    Dari jahitan bahu tertinggi lurus ke bawah hingga hujung baju.

  3. Lebar bahu

    Dari hujung jahitan bahu kiri ke hujung jahitan bahu kanan.

  4. Panjang lengan

    Dari jahitan bahu ke hujung lengan.

Kami boleh urus sesi ukur di pejabat anda

Untuk tempahan besar, pasukan kami boleh datang ke pejabat atau premis anda dengan set baju sampel setiap saiz, dan staf mencuba sendiri sebelum kuantiti dimuktamadkan. Ini menghapuskan masalah paling biasa dalam tempahan seragam: baju yang tidak muat bila sampai. Kami sudah lakukan ini untuk klien seperti Lembaga Urus Air Selangor.

Tanya tentang sesi ukur

Cara tempahan baju korporat

Lima langkah dari pertanyaan pertama sampai baju di tangan.

  1. Hubungi kami

    WhatsApp atau isi borang di bawah. Beritahu kuantiti anggaran, jenis baju yang dicari, dan bila anda perlukannya.

  2. Sebut harga & mockup percuma

    Kami cadangkan fabrik dan teknik yang sesuai, hantar sebut harga dalam 24 jam, dan siapkan mockup reka bentuk untuk kelulusan anda.

  3. Pengesahan & deposit

    Selepas reka bentuk diluluskan, kami keluarkan invois rasmi. Kami terima LO Kerajaan, e-Perolehan, PO syarikat dan pembayaran deposit — dokumentasi penuh disediakan untuk jabatan kewangan anda.

  4. Produksi

    Pemotongan, cetakan atau sulaman, dan jahitan dilakukan di kilang kami di Shah Alam. Ambil masa 1–3 minggu bergantung kuantiti dan teknik.

  5. Semakan & penghantaran

    Setiap batch disemak sebelum dibungkus. Kami boleh asingkan pembungkusan mengikut jabatan atau cawangan, dan hantar ke seluruh Malaysia.

Lawat kilang kami di Seksyen 7, Shah AlamGoogle MapsWaze

Kenapa syarikat pilih SAC Garment

Kami kilang, bukan ejen. Itu yang mengubah harga, masa dan kawalan kualiti.

  • Kilang sendiri di Shah Alam

    Mesin cetak dan mesin jahit kami sendiri di Seksyen 7. Anda boleh datang lihat. Tiada perantara yang menokok harga.

  • Fabrik & jahitan dikawal kami

    Kerana kami potong dan jahit sendiri, masalah kualiti diperbaiki di tempat — bukan dirujuk kepada pembekal luar.

  • Tiada tag jenama di kolar

    Baju custom keluar tanpa label orang lain. Label jenama syarikat anda boleh dijahit masuk.

  • Boleh terima urgent order

    Tertakluk kepada kuota urgent setiap bulan dan caj tambahan. Beritahu tarikh anda seawal mungkin.

  • 4.8★ di Google

    Penilaian sebenar daripada pelanggan yang sudah menempah dengan kami.

  • Baju korporat kerajaan & agensi awam

    Kami biasa dengan proses LO, e-Perolehan dan dokumentasi rasmi yang jabatan anda perlukan.

Soalan lazim baju korporat

Berapa kuantiti minimum untuk baju korporat?

Bergantung pada kaedah. Baju korporat custom made (potong & jahit dari mula di kilang kami) bermula dari 30 helai. Baju Korporat Express dengan sulaman atau cetakan logo pula bermula dari 11 helai dan siap dalam 4–8 hari bekerja — dan untuk kuantiti kurang daripada 11, kami cadangkan kaedah DTF printing yang tidak memerlukan kos setup yang sama.

Berapa lama masa untuk siapkan baju korporat?

Baju korporat mengambil masa 2 hingga 4 minggu bergantung kepada kuantiti, jenis fabrik dan teknik cetakan. Tempahan urgent boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kuota bulanan dan caj tambahan.

Boleh saya hantar reka bentuk sendiri?

Boleh. Hantar logo atau reka bentuk anda dan kami siapkan mockup untuk kelulusan. Untuk tempahan korporat, servis reka bentuk adalah percuma.

Format fail apa yang perlu saya hantar?

Fail vektor paling baik — AI, EPS, PDF atau SVG. PNG atau JPG resolusi tinggi dengan latar belakang telus juga boleh diterima. Jika tiada fail, hantar gambar rujukan dan kami lukis semula.

Ada servis ukur untuk staf kami?

Ada. Untuk tempahan besar, pasukan kami boleh ke pejabat anda dengan baju sampel setiap saiz supaya staf mencuba sendiri sebelum kuantiti dimuktamadkan.

Adakah anda terima LO Kerajaan atau e-Perolehan?

Ya. Kami terima Local Order kerajaan, e-Perolehan, PO syarikat, dan mengeluarkan invois rasmi serta sebut harga bertulis untuk jabatan kewangan anda.

Harga sudah termasuk cetakan logo?

Ya. Sebut harga yang kami beri sudah termasuk cetakan atau sulaman logo mengikut reka bentuk yang diluluskan. Tiada caj tersembunyi selepas itu.

Anda hantar ke seluruh Malaysia?

Ya, kami hantar ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pembungkusan boleh diasingkan mengikut jabatan atau cawangan.

Hubungi Kami

Sedia untuk Tempah Seragam Anda?

Kami balas pantas, sebut harga percuma, dan tiada sebarang komitmen. Mari mulakan dengan satu mesej ringkas.

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Isi maklumat ringkas — pasukan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.

Kami akan menghubungi anda melalui e-mel atau telefon. Maklumat anda tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

WhatsApp