FAQ
Soalan Lazim
Tentang SAC Garment
Servis apa SAC Garment sediakan?
SAC Garment merupakan kilang percetakan fabrik digital, produk yang kami tawarkan adalah t-shirt bercetak,pakaian bercetak, serta aksesori bercetak seperti lanyard, topi dan pelbagai produk lain.
Kami bukan pemborong baju fesyen, baju bundle, baju dari vietnam, atau baju melayu/kurung yang siap untuk dijual.
Berapa lama tempahan akan siap?
Jangkamasa maksimum tempahan siap berbeza mengikut produk;
Baju sublimation: 14 hari bekerja.
Baju heatpress : 5-7 hari bekerja.
Baju Korporat: 2-4 minggu.
Aksesori dan baju bersulam: 10 hari bekerja.
Jika tempahan diperlukan lebih cepat atau tempahan ‘urgent‘, sila hubungi team sales kami.
Saya perlukan 'urgent order', apa pilihan saya?
Bagi tempahan ‘urgent’, kami menyarankan produk baju bercetak DTF yang mampu disiapkan secepat 2 hari.
Bagi produk sublimation tempahan ‘urgent’ boleh disiapkan secepat 7 hari bekerja namun tertakluk kepada kapasiti semasa.
Baju sublimation mengambil lebih lama kerana lebih banyak proses pembuatan yang diperlukan dari proses percetakan hingga jahitan.
Caj tambahan (urgent charge) dikenakan kepada tempahan urgent. Sila hubungi team kami untuk kami bantu mengikut cara yang terbaik.
Ada MOQ untuk tempahan?
MOQ bagi produk sublimation adalah 11 helai.
Namun begitu, bagi tempahan kurang dari 10 helai boleh dibuat dengan kaedah DTF printing (baju DTF).
Boleh berkolaborasi dengan SAC Garment untuk projek tender atau tempahan berkala?
Boleh!
SAC Garment dipercayai oleh jenama-jenama baju tempatan sebagai pengilang tempahan mereka. Kami juga berpengalaman membuat tempahan baju sukan sekolah.
SAC Garment menawarkan harga kompetitif kepada sekolah & universiti atau syarikat korporat.
Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Design Baju/Produk
Saya tiada design, SAC Garment boleh bantu buat design?
BOLEH!
Design baru tertakluk kepada caj design sebanyak RM100.
Untuk tempahan urgent, disarankan untuk memilih design dari katalog untuk mempercepatkan proses pembuatan.
Boleh saya ubah design dari katalog?
Boleh!
Design katalog boleh diubahsuai tetapi terhad kepada ciri berikut;
- Warna design
- Perletakan logo dan tulisan
- Jenis kolar dan baju
- Tambahan aksesori seperti sulam
Perubahan design katalog tidak dikenakan caj design.
Format apakah yang terbaik bagi artwork saya?
Format yang terbaik untuk artwork seperti logo dan gambar adalah format vektor dari perisian Adobe Illustrator.
Bagi artwork dalam format JPEG dan PNG, resolusi gambar haruslah lebih tinggi dari 300DPI agar gambar jelas dan tajam selepas dicetak.
Buat Tempahan
Bagaimana saya boleh dapatkan sebut harga?
Harga baju sublimation boleh dikira melalui senarai harga yang terpapar di laman web.
Kalkulator harga juga boleh didapati pada design-design katalog di laman web.
Bagi produk lain, team sales kami akan menyediakan sebut harga setelah maklumat lengkap diperoleh.
Boleh saya melawat kilang?
Boleh!
Pelanggan boleh datang ke showroom kami untuk melihat sample baju atau melihat cara pembuatan baju kami.
Kilang kami terletak di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Jika anda tak boleh datang, jangan risau, team sales kami sedia membantu anda melalui Whatsapp.
Untuk temujanji, sila hubungi team sales kami untuk tentukan tarikh dan masa.
Cara buat tempahan?
- Pilih design dari katalog atau buat design baru.
- Hantar senarai saiz, logo dan spesifikasi baju yang diperlukan.
- Tempahan akan diproses dan order form dihantar kepada pelanggan untuk disahkan agar tiada kesilapan berlaku.
- Tempahan hanya sah setelah deposit 50% dari jumlah invois diterima
- Pihak kami akan test print dahulu tempahan anda sebelum tempahan dicetak. Setelah test print disahkan tempahan akan dibuat.
Cara buat pembayaran?
Bayaran boleh dibuat melalui online transfer atau cek bank kepada akaun syarikat seperti yang tertera di bawah;
ESKANDAR GLOBAL SDN BHD
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
ACC NO 8604523492
Boleh print sample sebelum buat tempahan?
Boleh!
Bagi baju sublimation, sample tertakluk kepada caj sample sebanyak RM50 sehelai
Bagi produk lain, caj sample bergantung kepada jenis produk yang diperlukan.
Cara penghantaran baju selepas siap
Kami menawarkan servis penghantaran melalui Lalamove, Grab, J&T dan juga bas ekspress mengikut keperluan pelanggan.
Caj penghantaran akan dikenakan mengikut jenis pengangkutan.
Ada caj tambahan untuk baju saiz besar?
Untuk baju bersaiz besar, caj tambahan dikenakan.
Kepada t-shirt sublimation, caj tambahan dikenakan untuk baju 4XL ke atas.
Caj tambahan sehelai adalah seperti berikut;
4XL-5XL RM3
6XL-7XL RM5
8XL-10XL RM8
Bagi produk lain seperti baju korporat, sila hubungi team sales kami kerana harga berbeza mengikut spesifikasi produk.
Boleh print semula baju yang pernah dibuat?
Boleh!
Baju boleh dicetak semula jika baju itu dicetak di kilang kami. Bagi baju yang dicetak di kilang lain, tempahan akan dikira sebagai tempahan baru.
Jika ingin print semula produk yang pernah dibuat, disarankan mengikut MOQ 10 helai yang seperti tempahan baru.
Harga reprint akan mengikut harga dari kuantiti baru.
Kualiti Baju
Adakah design dicetak akan tertanggal atau luntur?
Bagi baju sublimation, design tidak akan luntur kecuali jika kain dikenakan suhu yang tinggi (150′ Celcius).
Bagi baju heatpress DTF, design yang dicetak mampu bertahan sehingga 2 tahun bergantung kepada cara basuh dan penjagaan baju.
Pelanggan dinasihati membasuh baju dalam keadaan terbalik untuk melindungi design yang dicetak.
Pengunaan dryer juga akan mempengaruhi ketahanan baju.
Dakwat cetakan pada baju selamat untuk bayi?
SAC Garment menggunakan mesin bertaraf industri yang mempunyai sijil OEKO Tex yang diiktiraf seluruh dunia.
Piawaian ini memastikan bahan yang digunakan semasa percetakan selamat untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak.
Jenis kain yang boleh didapati untuk baju sublimation?
Kami menawarkan lebih 15 jenis kain berbeza untuk baju sublimation. Jika anda perlukan kain yang lebih premium, boleh hubungi sales team kami untuk perbincangan lanjut.
Kenapa pilih SAC Garment
Jika SAC Garment gagal buat tempahan saya dengan betul, ada ganti rugi?
Kami memandang serius sebarang kesilapan pada tempahan kami. Oleh itu, kami mempunyai SOP yang ketat bagi memastikan tiada kesilapan berlaku.
Setiap tempahan harus disahkan oleh pelanggan sebelum dijalankan. Test print akan dibuat bagi semua tempahan sublimation bagi memastikan tiada kesilapan design dan perletakan logo.
Jika masih terdapat kesalahan pihak SAC Garment akan bertanggungjawab dan membaiki/mengganti dengan baju lain.
Adakah harga SAC Garment paling murah?
Di SAC Garment, kami menawarkan kualiti cetakan dan jahitan yang konsisten dan antara yang terbaik di pasaran. Penjagaan tahap kualiti ini secara konsisten memerlukan kos tambahan. Kami percaya harga kami sangat kompetitif dengan kualiti yang diberikan.
Walaubagaimanapun, akan sentiasa ada syarikat lain yang menawarkan harga lebih rendah dengan mengurangkan kualiti produk demi menarik lebih ramai pelanggan.
SAC Garment sentiasa memberikan harga yang terbaik dan kompetitif berbanding harga pesaing tetapi kami tidak akan berkompromi dengan kualiti produk kami.
DAPATKAN CETAKAN BAJU YANG BAKAL ANDA BANGGAKAN HARI INI
Perkhidmatan sehenti, fabrik berkualiti, hasil pasti puas hati.