PORTFOLIO

Hasil kerja terkini

DIPERCAYAI ORGANISASI TERKEMUKA

Daripada pengeluaran baju korporat hingga ke jersi acara berskala besar, berikut ialah projek yang mencerminkan hasil kerja kami bersama klien dari pelbagai sektor.

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

Bagi projek bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kami diberi kepercayaan untuk menghasilkan baju korporat custom-fit khas & Overall untuk semua kakitangan mereka.

Untuk memastikan keselesaan dan ketepatan saiz, pasukan kami hadir ke lokasi — menjalankan sesi pengukuran badan secara manual, diikuti dengan fitting baju sample oleh pihak LUAS sendiri.


Proses ini bukan sahaja memastikan setiap staf mendapat potongan yang sesuai, tetapi juga memberi sentuhan profesional yang selari dengan imej korporat LUAS. Setiap tempahan direkodkan oleh team sales kami dengan teliti, termasuk saiz, potongan dan permintaan khas daripada pihak jabatan.

Bagi projek bersama AeroTree, kami berpeluang merealisasikan penghasilan baju korporat khas untuk seluruh kakitangan mereka, lengkap dengan penggayaan imej profesional yang selari dengan identiti syarikat.

Untuk memastikan setiap staf mendapat potongan saiz yang tepat, pasukan kami hadir ke pejabat AeroTree untuk menjalankan sesi pengukuran badan secara onsite dan fitting baju contoh.

Proses ini memberi ruang untuk setiap kakitangan memilih saiz yang selesa dan sesuai, serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih peribadi. Semua maklumat saiz dan tempahan direkodkan dengan teliti oleh team kami bagi memastikan hasil akhir menepati jangkaan pihak AeroTree.

Sebagai salah satu projek rasmi kami bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pihak kami diberi kepercayaan untuk menghasilkan baju korporat rasmi yang mencerminkan imej profesional dan korporat agensi tersebut.

Pasukan kami menjalankan sesi pengukuran badan secara terus di lokasi bagi memastikan setiap kakitangan menerima baju yang benar-benar menepati saiz dan keselesaan peribadi. Proses fitting turut melibatkan beberapa contoh saiz untuk dipilih oleh staf PKNS sendiri.

Setiap perincian – dari saiz hingga permintaan khas – direkodkan secara teliti oleh team kami untuk memastikan setiap helai baju yang diterima benar-benar menepati standard dan kehendak rasmi pihak PKNS.

Kami berbesar hati diberi kepercayaan untuk membekalkan kelengkapan menyeluruh buat warga UPNM.

Projek ini merangkumi pembuatan Baju Korporat yang eksklusif, Uniform rasmi yang kemas, serta Boots taktikal yang tahan lasak.

Dari kekemasan jahitan baju hingga ke ketahanan material kasut, setiap item dihasilkan mengikut spesifikasi ketat bagi mencerminkan imej disiplin dan profesionalisme institusi pertahanan negara.