MENGENAI KAMI
Profil syarikat

SAC Garment ialah sebuah jenama yang diasaskan oleh Eskandar Global Sdn Bhd (1399894-X). Kami merupakan kilang percetak T-shirt custom dan baju korporat yang terbaharu di Malaysia, berlokasi di Shah Alam, Selangor. Kami mempunyai kepakaran menyeluruh dalam menyediakan pelbagai produk yang memenuhi keperluan korporat, acara dan pencetakan pakaian.
Dengan penggunaan teknologi pencetakan terkini, setiap produk pengeluaran SAC Garment dihasilkan secara khusus mengikut reka bentuk dan keperluan anda. Diperibadikan dengan imej, teks dan sulaman pilihan anda, kami yakin mampu menghasilkan cetakan pakaian yang bukan sahaja memenuhi permintaan, malah melebihi jangkaan anda.
Perkhidmatan sehenti, fabrik berkualiti, hasil pasti puas hati.
Ditubuhkan pada tahun 2020, SAC Garment telah bekerjasama rapat dengan pelbagai syarikat dan pelanggan dari pelbagai sektor dan jenis acara. Daripada syarikat korporat ternama hinggalah ke pelanggan individu yang memerlukan T-shirt untuk program seperti hari keluarga. Kami komited untuk memberikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda berpuas hati, tampil segak dan bergaya.

Misi Kami
Menawarkan perkhidmatan pembuatan pakaian yang kompetitif dari segi harga, kualiti dan waktu siap, melalui penggunaan teknologi terkini dan tenaga pekerja tempatan.
Visi Kami
Menjadi ikon di dalam industri pembuatan pakaian di Malaysia.
KEUNIKAN SAC GARMENT
Mengapa kami menjadi pilihan ramai?

MOQ Rendah! Order kecil order besar semua kami terima.

Harga direct dari kilang. Boleh terima urgent order*.
*Tertakluk kepada kuota urgent order setiap bulan.

Servis custom design.

Fabrik & jahitan berkualiti. Lebih cantik, lasak dan tahan lama.

Tiada tag jenama dan saiz di kolar untuk keselesaan pemakai.

Pelbagai pilihan aksesori untuk melengkapi tempahan.
DAPATKAN CETAKAN BAJU YANG BAKAL ANDA BANGGAKAN HARI INI
Perkhidmatan sehenti, fabrik berkualiti, hasil pasti puas hati.
Sila isi borang di bawah.
"*" indicates required fields