Baju KorporatSAC Garment

Mengenai Kami

Rakan Pengeluar Seragam Anda

Tugas kami adalah meningkatkan imej organisasi anda dengan penampilan yang seragam dan selesa.

Profil Syarikat

SAC Garment merupakan sebuah jenama di bawah Eskandar Global Sdn. Bhd. (1399894-X), sebuah kilang pakaian seragam, baju korporat dan T-shirt custom di Shah Alam, Selangor yang menyediakan perkhidmatan pembuatan pakaian untuk pelanggan di seluruh Malaysia.

Perjalanan SAC Garment bermula secara tidak formal pada tahun 2018, dengan memberi tumpuan kepada penghasilan T-shirt custom untuk syarikat, sekolah, persatuan dan pelbagai acara. Berbekalkan komitmen terhadap kualiti produk serta kepuasan pelanggan, perniagaan ini berkembang dengan pesat sebelum ditubuhkan secara rasmi sebagai Eskandar Global Sdn. Bhd. pada tahun 2020.

Seiring pertumbuhan syarikat, SAC Garment telah memperluaskan kepakaran daripada percetakan T-shirt kepada penyediaan baju korporat, pakaian seragam sekolah, uniform industri, uniform keselamatan, jersey sublimasi, vest keselamatan, jaket korporat, baju hospital, serta pelbagai jenis pakaian berjenama yang dihasilkan mengikut spesifikasi pelanggan.

Sebagai sebuah pengilang pakaian (garment manufacturer), kami menawarkan penyelesaian menyeluruh daripada pembangunan reka bentuk, pemilihan fabrik, penghasilan sampel, pengeluaran, pencetakan dan sulaman sehingga penghantaran produk siap. Semua proses dikendalikan dengan kawalan kualiti yang teliti bagi memastikan setiap tempahan memenuhi piawaian profesional.

SAC Garment menggunakan pelbagai teknologi pengeluaran moden termasuk percetakan sublimasi, Direct-to-Film (DTF), silkscreen, sulaman komputer, heat transfer, serta pelbagai teknik penjenamaan lain untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada tempahan kecil sehingga projek berskala besar.

Sepanjang lebih 7 tahun pengalaman industri yang bermula sejak 2018, kami telah memperoleh kepercayaan daripada agensi kerajaan, syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pendidikan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS/SME), badan berkanun, pertubuhan serta organisasi swasta di seluruh Malaysia.

Hari ini, SAC Garment bukan sekadar pembekal pakaian, malah menjadi rakan strategik kepada organisasi yang mencari penyelesaian pakaian korporat dan seragam yang berkualiti, konsisten serta menepati identiti jenama mereka. Sama ada untuk keperluan harian kakitangan, acara korporat, promosi, sekolah mahupun industri, kami komited untuk menghasilkan pakaian yang bukan sahaja selesa dipakai, tetapi juga mencerminkan imej profesional setiap organisasi.

Keunikan SAC Garment

Mengapa kami menjadi pilihan ramai?

  • MOQ Rendah! Order kecil order besar semua kami terima.
  • Harga direct dari kilang. Boleh terima urgent order*.
  • Servis custom design.
  • Fabrik & jahitan berkualiti. Lebih cantik, lasak dan tahan lama.
  • Tiada tag jenama dan saiz di kolar untuk keselesaan pemakai.
  • Pelbagai pilihan aksesori untuk melengkapi tempahan.

*Tertakluk kepada kuota urgent order setiap bulan.

Misi & Visi

Misi: Menawarkan perkhidmatan pembuatan pakaian yang kompetitif dari segi harga, kualiti dan waktu siap, melalui teknologi terkini dan tenaga pekerja tempatan.

Visi: Menjadi ikon dalam industri pembuatan pakaian di Malaysia.

  • ✓ Harga berpatutan, tempahan bermula dari 11 helai
  • ✓ Kawalan kualiti dari kain hingga jahitan akhir
  • ✓ Pengeluaran sendiri — kawalan masa & kos
  • ✓ Penghantaran ke seluruh Malaysia